Wednesday, October 28, 2009

Friday, October 16, 2009

1001 ALASAN....


Kadangkala satu alasan sudah cukup membuatkan kita merasakan hidup ini terlalu sukar, berduka nestapa & gundah gulana.
Namun, hakikatnya masih ada 1001 alasan lain yang boleh membuatkan kita bersyukur, redha dan bahagia di atas segala kurniaan-Nya. Hanya dikuasai oleh kata hati yang diiringi dengan keimanan yakni keyakinan terhadap Yang Maha Esa, maka ia dapat meluputkan alasan yang satu itu.
Itulah hakikat sebenar kebahagiaan yang datang dari lubuk hati sebagai rasa kehambaan dan kesyukuran terhadap segala bentuk kurniaan Nur Illahi dan Rahmat dari-Nya.
SABAR adalah kunci utama untuk mencipta perjalanan hidup yang membawa ke arah kebahagian hidup dari dunia menuju ke alam abadi.
Maksud Firman Allah S.W.T:-
"Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya lah kami akan kembali.'
Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi petunjuk."(Al-Baqarah : ayat 156-157)"Hai orang-orang yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."(Al-Baqarah: ayat 153) Oleh itu, hiasilah peribadi dengan kesabaran dan ketabahan moga kita akan bersama-sama berjaya menempuhi segala dugaan hidup ini.
Di samping itu, MENGINGATI HARI KELAHIRAN SEHARUSNYA SEIRING DENGAN MENGINGATI HARI KERBERANGKATAN yakni hari terakhir kita hidup di dunia menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.
Hukum alam menyatakan setiap permulaan itu akan berakhir dengan kehilangan atau perpisahan. Begitu juga dengan insan, dari tanah kita diciptakan dan kepada tanah jua kita akan dikembalikan.
Maksud Firman Allah S.W.T:
Yakin bahawa kematian itu pasti dan fikir serta renungkan bagaimanakah sakitnya sakaratulmaut......1001 alasan! Bukankah nyawa yang masih dikandung badan itulah anugerah yang wajib kita syukuri?
Kita masih diberi peluang untuk beramal dan mengumpul bekalan untuk alam abadi. Syukur andai terdetik walau secebis zarah keinsafan di dalam hati, kerana ia adalah NurAllah yang perlu disemai dan dibajai agar subur mewangi di dalam hati insan yang sentiasa berusaha mencari keredhaan-Nya.
Selain itu, usahlah terlalu leka & lena dibuai keasyikan dunia yang fana ini. Janganlah pula memandang rendah kepada mereka yang hidup di dalam serba kekurangan kerana mungkin sebenarnya disisi Allah itulah insan yang paling disayangi-Nya, hanyalah kerana atas dasar keimanan yang ada di dalam diri mereka.
Andai kita merasakan hidup ini terlalu susah, masih ada yang lebih fakir dan dhaif di luar sana. Andai kita merasakan kita paling berharta, namun masih ada lebih banyak hartawan di dunia ini. Andai kita merasakan kita sangat bijak,sebenarnya telah banyak cendekiawan yang hilang berganti di bumi Allah ini.
1001 alasan! Hakikatnya hanya Allah yang Maha Sempurna.
Maksud Firman Allah S.W.T:-
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di Hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."(Al-Baqarah: ayat 212).
Berfikirlah dan berusahalah mencari 1001 alasan lain yang dapat dijadikan FAKTA untuk membuatkan kita MENANG di dunia dan BAHAGIA di akhirat. Dekatkan hati dan dirimu kepada Penciptamu maka Dia akan lebih dekat kepadamu. Berimanlah yakni yakinlah kepada Tuhanmu yang satu. Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita semua.
Selamat berjuang!

KeCantiKaN LeLaki dAn keGagaHan WaNita..

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

Suami Penyayang @ Suami Dayus..

ISTERI : darling..tgk baju ni...sweet kn?
SUAMI : yup,sweet mcm isteri abg la..
ISTERI : dinner mlm ni I nk pkai baju la darling,then I nk bt rambut ala2 60an...br kene dgn tema Pop Yeh Yeh kn?
SUAMI : pandai isteri abg bergaya..nti org tanya 'wife sape yg cun tu?' 'sape lg,wife En Ali la...
ISTERI : hehe.. U ni darling,pandai bergurau la,xmcm suami si Tipah tu,xopen langsung..Nk bt xleh...nk bt ni xleh...haram la konon,padahal dasar org kampung mmg mcm tu..KOLOT!

SUAMI : erm..xkn syg xknal abg..abg kn suami penyayang..



"wahai lelaki di luar sn, fikir baik2, anda suami penyayang atau si suami dayus..?????
Nabi SAW telah bersabda "SUAMI YG DAYUS TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA"
Jd wahai kamu yg bernama lelaki..,
fikirlah cara yg betul utk zahirkan kasih sayang terhadap isterimu...
wallah hu'alam..yg baik dr Allah..yg xbaik itu dr diri sendiri...

Lelaki Idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta..
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya..
Biarlah dia seorang bisu..
Bisu., Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan..
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..
Dan lantang menyuarakan kebenaran..
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil..
Bakhil.., Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya..
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya..
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya...
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran...
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH..Kembali megah di muka bumi.. Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa..
Papa., Papa dalam melakukan perkara maksiat..
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah...
Papa memiliki akhlak mazmumah...
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan...
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia...
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya...
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri...
Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa
Persoalannya...Masih adakah lelaki idaman itu??

Cinta ALLAH, cinta hakiki...

"Ya Allah..,
Berikanlah cintaMu kepadaku,
Jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku, dan
Jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu"...
Segala puji dan syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Dialah Robb yang selayaknya diserahkan segala kecintaan...
Cinta yang abadi dan suci hanyalah cinta yang sujud di telapak cintaNya..
Mengucap kesyukuran atas kasih sayangNya,.
Allah telah mengurniakan rasa cinta sesama kita sebagai layar yang menyerlahkan lagi keagungan cintaNya..

SeTiAp WaNiTa ItU cAnTiK!

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya..
"Mengapa ibu menangis ?''
"Kerana ibu seorang wanita" , kata ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti" , kata anak itu...
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,"Dan kau tak akan pernah mengerti ".
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?".
''Semua wanita menangis tanpa alasan ",hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keamanan, Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya, Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh,
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya, Aku memberinya kekuatan untuk mentaati suaminya, Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu..
''Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan...Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan..
''Kau tahu..Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya..
''Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ..
"tempat dimana cinta itu ada".....
Setiap Wanita Itu Cantik.....

KATA LELAKI : "WANITA ITU LEMAH"

Ujar lelaki, wanita itu lemah..
Ujar wanita, mereka adalah lembut..
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya.
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya..T
elah ditakdirkan ...kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam..
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan..
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja..
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri..
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari..
Hingga jarum jam tegak bertindih jari..
Lelaki yang mengaku kuat , celik mata sarapan sudah terhidang..
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang..
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak..
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak..
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak..
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak..
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak..
Berehat,menonton TV sambil tergelak..
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa..
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju..
Kakitangan semua digerakkan dengan laju..
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu..
Sebelum solat Mahgrib untuk sujud...Menyembah yang Satu..
Makanan dihidang selepas solat..Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji..
Sedang suami tersandar semula seperti tadi..
Sebagai isteri, kesetiaan wanita sentiasa diuji..
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan..
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi..
Lantang membela nasib wanita....Memberi kesedaran supaya segera bangkit..
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi..
Hukum agama telah terpapar.. Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian,menyediakan makanan..
Jika suami tidak terdaya melakukannya..Seorang pembantu wajar disediakan..
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan, Tidak mampu menerima perubahan, Rela bertahan bagaimana jua ..
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati..
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah..
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan..

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,...

LELAKI VS WANITA


Lelaki..

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya...

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,

manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.

Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Wanita...

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.

Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah,

maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…

supaya kelak masing- masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA ....


Renung- renungkanlah... :)