Friday, October 16, 2009

1001 ALASAN....


Kadangkala satu alasan sudah cukup membuatkan kita merasakan hidup ini terlalu sukar, berduka nestapa & gundah gulana.
Namun, hakikatnya masih ada 1001 alasan lain yang boleh membuatkan kita bersyukur, redha dan bahagia di atas segala kurniaan-Nya. Hanya dikuasai oleh kata hati yang diiringi dengan keimanan yakni keyakinan terhadap Yang Maha Esa, maka ia dapat meluputkan alasan yang satu itu.
Itulah hakikat sebenar kebahagiaan yang datang dari lubuk hati sebagai rasa kehambaan dan kesyukuran terhadap segala bentuk kurniaan Nur Illahi dan Rahmat dari-Nya.
SABAR adalah kunci utama untuk mencipta perjalanan hidup yang membawa ke arah kebahagian hidup dari dunia menuju ke alam abadi.
Maksud Firman Allah S.W.T:-
"Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya lah kami akan kembali.'
Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi petunjuk."(Al-Baqarah : ayat 156-157)"Hai orang-orang yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."(Al-Baqarah: ayat 153) Oleh itu, hiasilah peribadi dengan kesabaran dan ketabahan moga kita akan bersama-sama berjaya menempuhi segala dugaan hidup ini.
Di samping itu, MENGINGATI HARI KELAHIRAN SEHARUSNYA SEIRING DENGAN MENGINGATI HARI KERBERANGKATAN yakni hari terakhir kita hidup di dunia menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.
Hukum alam menyatakan setiap permulaan itu akan berakhir dengan kehilangan atau perpisahan. Begitu juga dengan insan, dari tanah kita diciptakan dan kepada tanah jua kita akan dikembalikan.
Maksud Firman Allah S.W.T:
Yakin bahawa kematian itu pasti dan fikir serta renungkan bagaimanakah sakitnya sakaratulmaut......1001 alasan! Bukankah nyawa yang masih dikandung badan itulah anugerah yang wajib kita syukuri?
Kita masih diberi peluang untuk beramal dan mengumpul bekalan untuk alam abadi. Syukur andai terdetik walau secebis zarah keinsafan di dalam hati, kerana ia adalah NurAllah yang perlu disemai dan dibajai agar subur mewangi di dalam hati insan yang sentiasa berusaha mencari keredhaan-Nya.
Selain itu, usahlah terlalu leka & lena dibuai keasyikan dunia yang fana ini. Janganlah pula memandang rendah kepada mereka yang hidup di dalam serba kekurangan kerana mungkin sebenarnya disisi Allah itulah insan yang paling disayangi-Nya, hanyalah kerana atas dasar keimanan yang ada di dalam diri mereka.
Andai kita merasakan hidup ini terlalu susah, masih ada yang lebih fakir dan dhaif di luar sana. Andai kita merasakan kita paling berharta, namun masih ada lebih banyak hartawan di dunia ini. Andai kita merasakan kita sangat bijak,sebenarnya telah banyak cendekiawan yang hilang berganti di bumi Allah ini.
1001 alasan! Hakikatnya hanya Allah yang Maha Sempurna.
Maksud Firman Allah S.W.T:-
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di Hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."(Al-Baqarah: ayat 212).
Berfikirlah dan berusahalah mencari 1001 alasan lain yang dapat dijadikan FAKTA untuk membuatkan kita MENANG di dunia dan BAHAGIA di akhirat. Dekatkan hati dan dirimu kepada Penciptamu maka Dia akan lebih dekat kepadamu. Berimanlah yakni yakinlah kepada Tuhanmu yang satu. Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita semua.
Selamat berjuang!

5 comments:

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah blog ni memang cantik. Tenang je bila masuk blog ni. Cuma Husna kena istiqamah dalam menulis posting lah pulak. Kalau nak orang ramai masuk blog ni, Husna kena menulis posting sendiri. Jangan copy paste dari orang. Blogger perlu ada matlamat dan pendirian yang ingin disampaikan. Baru pembaca minat untuk berkunjung ke sini. Salam perkenalan.

    Along
    www.motivasi-kerja.com
    http://innerinspiration.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. trima ksh along...insyaAllah..nnt husna cba..:)
    salam perkenalan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry.. no hal husna copy paste dari mana2 pun xper. yg penting tujuan kita berpesan2 kepada kebaikan dan berpesan2 kepada kebenaran. Pada SEO pula bagusnya bila kita rajin update blog, yahoo atau google akan senang nak detect blog kita agar berada diantara ranking teratas, so that mudah la org nak jumpa blog kita.

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

    ReplyDelete
  4. trima ksh bujang susah...di atas info blogger..:)

    ReplyDelete