Friday, October 16, 2009

LELAKI VS WANITA


Lelaki..

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya...

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,

manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.

Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Wanita...

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.

Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah,

maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…

supaya kelak masing- masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA ....


Renung- renungkanlah... :)

2 comments:

  1. Namun, skrg ni dunia dh terbalik.... yg perempaun sering dia atas.. dan yg lelaki sering menjadi "kuli" kenapa ini yg berlaku? disebbkn lelaki xcukup pandai?? atau wanita yg terlalu menunjuk pandai? apa yg perlu difikirkan hanyalah kita sebgai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang cukup bernilai hanya perlu memkirkan walau di mana sahaja kita berada ...ingatlah asal usul kita.. siapa kita... dan di mana "destinasi" kita....

    ReplyDelete
  2. BENAR...memang lelaki dianugerahkan oleh Allah sbg pemimpin untuk KAum wanita...p'kr INI b;laku bukan disebabkan lelaki xcukp pandai atau perempuan tunjuk pandai,ttp d'mana lelaki yg dianugerahkn oleh Allah 9/10 akal b'bnding wanita 1/10...SUBHANALLAH begitu bijaknya lelaki...dimanakah letaknya kebijksann yg telah digunakan olEh lelaki?sedangkn skrg ramai lelaki menindas wanita...SALAHKAH WANITA BANGKIT setapak sebagai persediaan dr penindasan ini...ini bukan bermaksud wanita melawan fitrah lelaki,ttp adalah untuk membela diri dr ditindas...DIMANAKAH LELAKI yg sepatutnya membela wanita?bukn untuk m'yalhkn lelaki tp sbnrnya mencr DIMANKAH LELAKI PEMIMPIN WANITA yg lemah?BANGKITLAH WAHAI KAUM ADAM SBG PEMPIMMPIN KAUM WANITA YANG LEMAH INI..KAMI KAUM WANITA MEMERRLUKAN BIMBINGAN MU BUKAN PENINDASAN....Semoga Perjuangan ini D'berkati oleh ALLAH...insyaallah

    ReplyDelete